VISI
Berazam mengamalkan pendidikan dan keunggulan sahsiah sebagai Gaya Hidup sekaligus
menjadi sebuah sekolah tahfiz contoh dan ternama serta menjadi pilihan masyarakat
untuk mencapai kecemerlangan Al-Quran , Akademik dan Sahsiah Islamik
berlandaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MISI
Berusaha membudayakan Al-Quran sebagai cara hidup disamping
menghiasi diri pelajar dengan kecemerlangan ilmu, kemampuan sahsiah,
kesejagatan kepimpinan, keterampilan yang luhur, dan keimanan
yang sejati sekaligus bertindak sebagai aset pendidikan insan yang seimbang.
OBJEKTIF
Melalui pelan modul Khalifah 5A MTSFZ berusaha untuk :
Melahirkan insan-insan yang patuh pada suruhan Allah SWT dan
mengamalkan Sunnah Nabi dalam kehidupan seharian
melalui program pemantapan ilmu Al-Quran (Celik Al-Quran)
Menerapkan nilai-nilai disiplin dan modal insan yang tinggi
agar dapat menjalankan dakwah secara langsung
ataupun tidak langsung kepada umat Islam keseluruhannya
sekaligus menjadi model ikutan (IKON ISLAM)
Memperkenalkan pelajar tentang penguasaan ilmu yang seimbang
dari sudut Akademik, Islamik dan Tahfiz agar pelajar berfikiran luas dari
segenap bidang yang diceburi.