:
VISI,%20MISI%20DAN%20OBJEKTIF%20MTSFAZ


VISI

Berazam mengamalkan pendidikan dan keunggulan sahsiah sebagai  Gaya Hidup sekaligus

menjadi sebuah sekolah tahfiz contoh dan ternama serta menjadi pilihan masyarakat

untuk mencapai kecemerlangan Al-Quran , Akademik dan Sahsiah Islamik

berlandaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

 
MISI

Berusaha membudayakan Al-Quran sebagai cara hidup disamping

menghiasi diri pelajar dengan kecemerlangan ilmu, kemampuan sahsiah,

kesejagatan kepimpinan, keterampilan yang luhur, dan keimanan

yang sejati sekaligus bertindak sebagai aset pendidikan insan yang seimbang.

 

OBJEKTIF

Melalui pelan modul Khalifah 5A MTSFZ berusaha untuk :

Melahirkan insan-insan yang patuh pada suruhan Allah SWT dan

mengamalkan Sunnah Nabi dalam kehidupan seharian 

melalui program pemantapan ilmu Al-Quran (Celik Al-Quran)

 

Menerapkan nilai-nilai disiplin dan modal insan yang tinggi

agar dapat menjalankan dakwah secara langsung

ataupun tidak langsung kepada umat Islam keseluruhannya

sekaligus menjadi model ikutan (IKON ISLAM)

 

Memperkenalkan pelajar tentang penguasaan ilmu yang seimbang

dari sudut Akademik, Islamik dan Tahfiz agar pelajar berfikiran luas dari 

segenap bidang yang diceburi.